kami adalah sekumpulan anak muda yang
sedar dan peka akan perubahan dan
kepincangan yang berlaku di sekeliling kami.
kami anak muda yang cintakan perubahan positif dan amat membenci kekusutan dan
kecelaruan yang membawa kepada kebinasaan dan keruntuhan norma-norma kemanusiaan.
kami berkumpul untuk berkongsi kesedaran yang kami miliki dan bergerak ke arah perubahan yang membawa manfaat.
kami bersatu hati berkongsi nadi untuk
mewujudkan komuniti yang harmoni dan diberkati. kami sentiasa ingin di hadapan untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat, kerana kami sendiri adalah sebahagian daripada
masyarakat.
kami akui,idea dan perlaksanaan haruslah
sentiasa senada dan seirama.
demikian juga dengan manusia,tiada yang harus tercicir, dan tiada yang sengaja dicicirkan. kami saling hormat-menghormati.
yang teramat penting,kami yakin dan percaya
bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik!
sesuatu yang kami anuti dan amali…
sesuatu yang teramat kami cintai.
No comments:
Post a Comment