131109

persiapan sudah dilakukan, tapi apa kan daya, Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita sebenarnya..

aktiviti kutipan yang sepatutnya diadakan pada 6 dan 13 november tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. hujan turun tanpa henti sepanjang hari pada 6hb, manakala pada 13hb, kebetulan hujan turun sejurus selepas solat asar. tapi tak mengapa. hujan kan rahmat sebenarnya.

namun begitu, kami masih berjaya meraih sumbangan daripada beberapa individu yang menyerahkan secara terus kepada sidiq. tak lupa juga sumbangan daripada 'abang askar taman marina' yang sanggup datang terus ke stadium untuk menyerahkan sumbangannya walaupun hujan turun dengan sangat lebat. jutaan terima kasih kami ucapkan.

untuk makluman semua, anda boleh memberi sumbangan pada bila2 masa sahaja. 24jam seminggu! hubungi kami, dan kami akan terus ke tempat anda untuk membuat kutipan. dan kepada yang ingin menyumbangkan tenaga, nantikan perkembangan seterusnya daripada kami. banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul..

kami juga amat mengalu2kan pendapat dan maklum balas daripada anda semua. so, hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan dan cadangan. janganlah malu2 ya. (''B)


1ST BABY



291009

DIA ciptakan

sinaran mentari

dan

keindahan pelangi

untuk

sentiasa dikongsi;

bukan

untuk dimiliki

atau

dijual-beli.


mari sertai kami!

sumbangkan sesuatu seikhlas hati

semoga senyuman terukir kembali.